Arahan larangan penggunaan aplikasi navigasi Waze berkuat kuasa serta-merta kepada semua anggota perkhidmatan awam semasa menjalankan urusan rasmi Kerajaan.

Klik sini untuk buka / muat turun Arahan Larangan Penggunan Aplikasi Navigasi Waze bagi Anggota Perkhidmatan Awam




Kerajaan telah mengeluarkan Surat Arahan Ketua Setiausaha Negara berhubung Larangan Penggunaan Aplikasi Navigasi Waze Bagi Anggota Perkhidmatan Awam pada 20 Oktober 2026 (Selasa), susulan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara (JKSN) Bilangan 3 Tahun 2026 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada hari yang sama.

Keputusan ini dibuat mengambil kira aspek keselamatan dan perlindungan data pengguna di Malaysia memandangkan aplikasi navigasi Waze mengumpul pelbagai maklumat, termasuk data lokasi, pergerakan, perjalanan serta maklumat peranti pengguna. Selain itu, Terma Penggunaan aplikasi berkenaan turut memperuntukkan pemakaian undang-undang negara Israel serta bidang kuasa mahkamah negara Israel bagi pertikaian berkaitan penggunaan perkhidmatan tersebut.


Larangan ini terpakai kepada penjawat awam ketika menjalankan tugas rasmi sahaja.


Walaupun larangan penggunaan Aplikasi Waze pada masa ini hanya terpakai semasa menjalankan urusan rasmi Kerajaan, anggota perkhidmatan awam adalah digalakkan untuk menyahpasang (uninstall) aplikasi tersebut daripada peranti masing-masing dan beralih kepada aplikasi navigasi alternatif tempatan yang bersesuaian. Langkah ini merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh keselamatan dan kedaulatan maklumat negara, mengambil kira potensi pengumpulan data lokasi dan pergerakan pengguna di luar waktu bekerja, bergantung pada tetapan peranti serta kebenaran akses aplikasi.


Aplikasi Waze dibangunkan oleh Waze Mobile Ltd. yang merupakan sebuah syarikat yang didaftarkan dan diperbadankan menurut undang-undang negara Israel.


Terma Penggunaan Aplikasi Waze menyatakan seperti yang berikut:

“GOVERNING LAW AND JURISDICTION
These Terms will be governed solely by the laws of the State of Israel“
, without giving effect to any conflicts of law principles. Any dispute, claim or controversy arising out of, connected with or relating to these Terms and the Service, will be under the exclusive jurisdiction of the competent court in the Tel Aviv district in Israel.”
.

Terma Penggunaan Aplikasi Waze memperuntukkan bahawa penggunaan Aplikasi Waze adalah ditadbir sepenuhnya mengikut undang-undang negara Israel dan apa-apa tuntutan, pertikaian adalah di bawah bidang kuasa eksklusif mahkamah di daerah Tel Aviv, Israel.


Penggunaan Aplikasi Waze boleh dilihat dalam konteks risiko yang timbul daripada penggunaan perkhidmatan yang disediakan oleh organisasi atau penyedia perkhidmatan luar. Penilaian terhadap risiko tersebut, antara lain, hendaklah mengambil kira:

  1. jenis data yang diakses oleh aplikasi;
  2. keperluan kebenaran (permissions) yang diberikan kepada aplikasi;
  3. lokasi dan bidang kuasa tempat data diproses;
  4. dasar penyimpanan dan tempoh penyimpanan data;
  5. mekanisme perkongsian data dengan pihak ketiga; dan
  6. kawalan keselamatan yang dilaksanakan oleh penyedia aplikasi.

Polisi Privasi Aplikasi Waze turut menunjukkan bahawa skop maklumat yang dikumpul melalui penggunaan Aplikasi Waze adalah lebih luas daripada maklumat lokasi semata-mata. Pengumpulan tersebut merangkumi maklumat terperinci berkaitan lokasi, perjalanan dan laluan pengguna, termasuk data GPS dan sensor peranti yang digabungkan dengan cap masa (time-stamp), alamat IP serta maklumat daripada sensor atau penerima lain pada atau di sekitar peranti.

Polisi tersebut juga menyatakan bahawa, bergantung kepada tetapan peranti dan akaun pengguna, maklumat berkaitan lokasi dan perjalanan boleh dikumpulkan walaupun aplikasi tidak sedang digunakan secara aktif.

Dalam konteks keselamatan siber, skop pengumpulan sedemikian adalah relevan kerana data yang dikumpulkan secara berterusan atau berulang boleh, apabila dianalisis secara agregat, mendedahkan corak pergerakan dan aktiviti pengguna.


Polisi Privasi Aplikasi Waze menunjukkan bahawa skop maklumat yang dikumpul melalui penggunaan Aplikasi Waze adalah lebih luas daripada maklumat lokasi semata-mata. Pengumpulan tersebut merangkumi maklumat terperinci berkaitan lokasi, perjalanan dan laluan pengguna, termasuk data GPS dan sensor peranti yang digabungkan dengan cap masa (time-stamp), alamat IP serta maklumat daripada sensor atau penerima lain pada atau di sekitar peranti. Polisi tersebut juga menyatakan bahawa, bergantung kepada tetapan peranti dan akaun pengguna, maklumat berkaitan lokasi dan perjalanan boleh dikumpulkan walaupun aplikasi tidak sedang digunakan secara aktif.

Walaupun tiada bukti bahawa Aplikasi Waze menjalankan analisis sedemikian terhadap penggunanya, kemungkinan data yang dikumpulkan digunakan atau terdedah kepada analisis sedemikian tetap merupakan risiko yang perlu dipertimbangkan.


“Anggota perkhidmatan awam” adalah seperti yang ditakrifkan di bawah Fasal (1) Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan iaitu angkatan tentera, perkhidmatan kehakiman dan perundangan, perkhidmatan awam am Persekutuan, pasukan polis, perkhidmatan awam bersama yang disebut dalam Perkara 133, perkhidmatan awam setiap Negeri dan perkhidmatan pendidikan.


Secara umumnya, Google menawarkan perkhidmatan penggunanya termasuk Aplikasi Google Maps melalui salah satu daripada dua (2) syarikat seperti yang berikut:

  1. Google Ireland Limited, bagi Kawasan Ekonomi Eropah (negara-negara Kesatuan Eropah serta Iceland, Liechtenstein dan Norway) atau Switzerland; dan
  2. Google LLC, yang berpusat di Amerika Syarikat, bagi pengguna di seluruh dunia selain kawasan yang dinyatakan di atas.


Terma Penggunaan Aplikasi Google Maps menyatakan bahawa semua pertikaian yang timbul daripada atau berkaitan dengan Terma Penggunaan Aplikasi Google Maps, terma tambahan khusus bagi perkhidmatan atau mana-mana perkhidmatan berkaitan akan ditadbir oleh undang-undang Negeri California, tanpa mengambil kira mana-mana undang-undang pertikaian antarabangsa (conflict of laws rules).

Pertikaian tersebut hendaklah diselesaikan secara eksklusif di mahkamah persekutuan atau mahkamah negeri di daerah Santa Clara, California, Amerika Syarikat, dan pengguna Aplikasi Google Maps bersetuju untuk tertakluk kepada bidang kuasa mahkamah-mahkamah tersebut.

Setakat mana undang-undang tempatan yang terpakai menghalang pertikaian tertentu daripada diselesaikan di mahkamah California, pengguna Aplikasi Google Maps boleh memfailkan pertikaian tersebut di mahkamah tempatan.


Terdapat Aplikasi TuJu, iaitu platform navigasi buatan Malaysia yang dibangunkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM). Selain daripada itu, terdapat juga Aplikasi PINTAZ iaitu aplikasi navigasi yang dibangunkan oleh pembangun aplikasi tempatan.


CONTACT US

NATIONAL CYBER SECURITY AGENCY (NACSA)

National Security Council
Prime Minister's Department
Level LG & G, West Wing,
Perdana Putra Building,
Federal Government Administrative Center,
62502 Putrajaya, Malaysia.

FOLLOW US

Number of Visitors Last Updated
718,082 23 October 2026